Mahkamahpilihan

Gara-gara acu pistol tiruan lelaki dipenjara 14 bulan

SEORANG lelaki yang mengacukan pistol tiruan dijatuhi hukuman penjara 14 bulan selepas mengakui bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.

Tertuduh, Low Zhao Yuan, 29, menggunakan senjata tersebut dengan tujuan menakut-nakutan secara jenayah terhadap Muhammad Zulhusni Mohamad Amin, 24.

Lelaki berkenaan membuat pengakuan bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati telah menakut-nakutkan secara jenayah hendak menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zulhusni.

Kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sana yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati memiliki sepucuk pistol tiruan jenama Wingun Patent Super Sport 702Cal. 6mm BB bernombor siri 14F76026 mengandungi enam butir peluru.

Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.17 tengah malam di jalan berhadapan Bangunan Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, di sini pada 28 April lalu.

Peguam, James S Thanjong Tuan dalam rayuannya memohon anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana berpendapatan bulanan RM2,300 dan perlu menyara menyara kedua ibu bapa dan dua anak yang masih bersekolah berumur tujuh dan 12 tahun

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri, dalam hujahannya memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana telah mengambil tindakan terburu-buru dan berbahaya.

Mazana kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan penjara bagi kesalahan kedua.

Kedua-dua hukuman diarahkan berjalan serentak dari dari tarikh ditangkap pada 28 April lalu menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman selama lapan bulan.

Akhbar sebelum ini melaporkan orang ramai berjaya memberkas pemandu sebuah Perodua Myvi selepas lelaki itu mengacukan sepucuk pistol berisi peluru terhadap seorang penunggang motosikal di Jalan Lebuh Ayer Keroh berhadapan pusat beli belah, Melaka Mall di sini.

Kejadian berlaku selepas suspek berang kerana dihon penunggang berkenaan yang hampir melanggarnya ketika membuat pusingan U.

Kedua-dua mereka kemudian berhenti di tepi jalan, sebelum suspek memarahi pengadu dalam dalam bahasa Mandarin dan mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam keretanya dan mencekak belakang leher pengadu. – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button