Hiburan

Siti Aafiyah jadi bintang dalam video klip Siti Nurhaliza

NAMPAKNYA bakat Siti Aafiyah dalam bidang seni sudah mula diasah apabila anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu kini sudah menjadi bintang dalam sebuah muzik klip video.

Jangan salah sangka, Siti Aafiyah sebenarnya hanya menjadi penyeri dalam melengkapkan penceritaan menerusi video klip terbaharu Siti bagi lagu Kuasa Cintamu.

Menurut Siti, lirik kepada lagu Kuasa Cintamu sebenarnya ialah luahan perasaannya untuk memiliki Siti Aafiyah yang dianggap satu anugerah daripada Allah.

“Siti Aafiyah menjadi penyeri kepada video muzik berkenaan dan saya mendedikasikan video ini khusus buat mereka,” katanya.

Mengulas mengenai penggambaran muzik video terbaharunya, Siti mengakui banyak perkara yang baharu dipelajarinya.

Jelasnya, video klip itu dijalankan dalam satu urutan tanpa henti dan memerlukan dia untuk menukar pakaian dalam masa beberapa saat sahaja.

“Beberapa kali saya emncuba dan akhirnya kita dah dapat hasil yang terbaik daripada penggambaran tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah muzik video berkenaan, Adriana Tunku berkata, muzik video tersebut memberi fokus kepada cerita perjalanan hidup Siti dari zaman kelahiran beliau sehingga dikurniakan cahaya mata sendiri, Siti Aafiyah.

“Bagi menggambarkan perjalanan berterusan dalam kehidupan Dato’ Siti, kami merakam keseluruhan video muzik ini dalam satu urutan tanpa sebarang gangguan.

“Teknik penggambaran sekali rakam ini, memerlukan perancangan yang rapi kerana ia dirakam dari perspektif satu kamera dalam satu masa dan ruang yang sama.

“Setiap butiran kecil  melibatkan apa-apa perubahan di hadapan lensa kamera perlu dirancang rapi agar  penonton tidak menyedari apa yang berlaku di belakang lensa kamera,” katanya.

Dalam pada itu, video muzik Siapa Tak Mahu yang dimuat naik pada 16 Oktober lalu trlah berjaya mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh 72 jm.

Malah, video tersebut turut tersenarai dikedudukan #1 Video Muzik Paling Trending di YouTube Malaysia. -SM

https://www.tiktok.com/@mysuaramerdeka/video/6901202582392376577?lang=en

(Visited 3,567 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button