Kemalangan

Dua Maut Gara-Gara Buat Pusingan U

MACHANG: Dua lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 39 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, kejadian jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas kereta dipandu seorang pesara berusia 73 tahun membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah motosikal.

Menurutnya, akibat perlanggaran tersebut, pesara dan penunggang motosikal berusia 27 tahun disahkan maut di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kereta dipandu pesara berkenaan dari arah Machang menghala ke Kota Bharu telah membuat pusingan U,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Katanya, kedua-dua mangsa berasal dari Machang dan bedah siasat dijalankan di Hospital Machang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button