Hiburan

Ahmad Iqbal jodoh Datuk Seri Vida?

AHMAD Iqbal Zulkefli nama yang dikatakan bakal menjadi suami kelima, kalau jadi, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Terdahulu, DSV telah melalui empat perkahwinan dan sekarang, memegang status janda.

Untuk pengetahuan, Ahmad Iqbal merupakan bekas pembantu peribadi yang pernah bekerja dengan DSV sebelum ini.

Lebih menguatkan lagi usikan DSV akan berkahwin dengan Ahmad Iqbal ialah apabila rakan DSV, Datuk Seri Aliff Syukri mengusik DSV melalui satu rakaman yang menjadi tular di Instagram DSV dan Alif Syukri sendiri.

Dalam rakaman tersebut, Aliff mengusik DSV kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan Ahmad Iqbal.

Bagaimanapun, DSV tampil menafikan dakwaan itu dan menganggap ia sebagai satu khabar angin sahaja.

“Ramai tanya, betul ke saya nak kahwin? Ada ke lelaki yang nak pada saya? Tengoklah saya ni jenis brutal macam ni. Buat semua takut lari sahaja nanti,” kata DSV.

DSV menyatakan, beliau tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumahtangga sekali lagi selepas perkahwinan ketiganya, putus separuh jalan.

Kata DSV, tumpuannya adalah kepada anak-anaknya, keluarga dan syarikat yang diterajuinya. Itulah keutamaan beliau.

“Macam ni lah… Kalau ada jodoh sekali pun, saya akan cari yang sama taraf atau level dengan saya. Maksud saya di sini ialah dari segi umur, pengalaman dan semestinya berada (kaya of course),” ujar DSV. -SM

(Visited 832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button