Hiburan

Aktres Korea, Son Ye Jin wanita tercantik di dunia

PELAKON Korea Selatan, Son Ye Jin dinobatkan sebagai wanita paling cantik dalam satu undian global yang dijalankan laman sesawang Starmometer.

Menerusi undian tersebut, pelakon drama Crash Landing On You itu mendapat undian sebanyak 4,354,037 daripada pengundi di seluruh dunia.

Undian dilakukan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sistem undian atas talian.

Ye Jin memulakan kariernya sebagai pelakon pada 2003 menerusi filem The Classic yang turut mendapat sambutan di Hong Kong dan China.

Popularitinya terus meningkat selepas dia membintangi filem dan drama Summer Scent (2003), A Moment To Remember (2004) dan April Snow pada 2015.

Sementara itu, tempat kedua pula diduduki oleh ahli kumpulan K-Pop Blackpink, Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa.

Lisa yang juga berasal dari negara Thailand itu berjaya mengumpulkan undian global sebanyak 3,852,340.

Tempat ketiga juga diduduki ahli kumpulan K-Pop Twice, iaitu Tzuyu dengan undian sebanyak 1.2 juta.

Tzuyu yang berasal dari Taiwan itu sering mendapat perhatian peminat Twice kerana wajahnya yang unik dan jelita.

Tempat keempat pula diduduki oleh pelakon Thailand, Urassaya Sperbund atau dikenali sebagai Yaya dengan undian sebanyak 879,075.

Sementara di tempat kelima ialah pelakon Song Hye Kyo dengan undian sebanyak 818,537 undian.

Hanya seorang pelakon tempatan berada di dalam carta undian tersebut iaitu Juliana Evans yang menduduki tempat ke 72. – SM

(Visited 1,054 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button