EkonomiNegeri

RCB sumbang zakat perniagaan RM1,076,054 kepada MAIPs

RURAL Capital Berhad (RCB) menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM1,076,054 bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis penyerahan zakat oleh RCB kepada MAIPs di Avani Sepang Goldcoast Resort, Selangor.

Majlis penyerahan diadakan di Avani Sepang Goldcoast Resort, Selangor yang disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RCB, Hiruddin Hashim menyampaikan replika cek kepada CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Sri Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan)nya, Datuk Zulfikri Osman.

Azhar dalam ucapannya menyatakan RCB merupakan salah sebuah anak syarikat MARA yang memfokuskan empat teras perniagaan seperti Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman, Perkhidmatan Pembiayaan, Digital Based Solution dan juga Perlindungan Takaful.

RCB telah memulakan operasi sejak 2 Januari 2013 yang lalu dan sehingga kini berdaya saing dengan syarikat-syarikat subsidiari MARA yang lain.

Katanya, program berkenaan juga merupakan salah satu program yang dilangsungkan untuk meraikan ulang tahun RCB yang ke-10.

“Oleh itu, program ini cukup istimewa bagi RCB dan untuk menambahkan lagi kemeriahan sambutan ulang tahun RCB ke-10,” tambah beliau lagi.

Sempena majlis tersebut turut diadakan ialah satu sesi forum soal jawab.

Ahli panelis adalah terdiri daripada Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin; CEO Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed dan Konsul Kehormat Malaysia di Zurich, Switzerland, Guna R. Mahalingam yang juga merupakan Pengasas dan Pengerusi syarikat Strategic Swiss Partners AG.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan para hadirin sempena majlis penyerahan zakat oleh RCB kepada MAIPs di Avani Sepang Goldcoast Resort, Selangor.

Terdahulu, Raja Muda Perlis berkenan berangkat mengetuai program ‘Kayuhan Berbasikal RCB10’ di sekitar Bagan Lalang, Sungai Pelek.

Ia disertai 100 peserta dari kalangan kepimpinan tertinggi MARA dan RCB, TTG KL dan juga MARA Cycling Club. – SM

BACA TNB sumbang zakat RM6.2 juta dari 2016-2022 di Perlis

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button