Hiburan

Duit bikin filem Suhaimi Baba disonglap!

Pengarah filem Datuk Paduka Shuhaimi Baba sememangnya tidak asing lagi dalam dunia seni perfileman, kelihatan juga sudah lama beliau tidak mengeluarkan filem namun baru-baru ini beliau mendedahkan duit yang seharusnya melakukan filem terbarunya ditipu oleh penasihat.

Jelasnya filem yang bakal dikeluarkan itu merupakan kisah abad ke-18 dan merupakan filem aksi.

Suhaimi yang mula dikenali sebagai sutradara pada 1992

“Saya ada filem yang dirancang dari 2017 tapi duit kami dihijack oleh penasihat sebab itu tergendala untuk dapatkan duit tersebut semula kemudian kami dapat investor terbaru semasa hujung 2019 tapi kena masa itu sudah hampir masuk fasa Covid

“Semua persiapan ketika itu rugi kerana perlu lakukan semula, kita ingatkan cuma 3 ke 6 bulan sahaja (Covid) tapi sehingga 2 tahun tidak boleh keluar bekerja, jadi kerugian yang kita hadapi masa itu sama juga dengan penerbit yang lain.” Katanya.

Suhaimi yang mula dikenali sebagai sutradara pada 1992 itu juga akui bahawa untuk dapatkan dana masih di peringkat lama malah sukar untuk dapatkan pinjaman dari pihak bank cuma mengharapkan geran.

“Selepas Covid untuk kita cuba bangun semula, masalahnya untuk dapatkan dana.. dan kita masih di peringkat lama, filem tidak dapat sokongan pinjaman dari bank-bank ia masih lagi di takuk lama dan kini bergantung finas untuk dapatkan geran.

“Bukan semua orang boleh dapatkan geran, jadi yang tak dapat geran dan Matching geran yang nak tambah  bajet sukar untuk dapatkan pinjaman, kemudian sistem geran itu sendiri bukan mudah untuk kita gunakan jadi kita perlu sediakan kita punya pelaburan untuk sokong geran tersebut.

“Bila kita nak gunakan filem CGI, bajet untuk CGI itu tidak mencukupi untuk kita dapatkan hasil dan perlu cari lagi, jika dahulu industri pernah minta dari kerajaan supaya pelabur-pelabur filem diberi ribet cukai, sekarang tiada lagi sistem itu, ada tapi setakat RM1 juta sahaja, filem kosnya tinggi”. Luahnya semasa sesi temubual dalam program Women Talk AIIFA, Kuching.

Beliau juga mengharapkan sistem kewangan yang baharu untuk industri seni supaya penerbit lain tidak selalu bergantung kepada Finas.

Dalam masa yang sama beliau juga turut meluahkan industri seni di Malaysia masih tiada lagi pakar yang berpengalaman dalam bidang animasi. 

Artikle Berkaitan :>

Teater ‘Batu Belah’ tetap diteruskan walaupun bertembung PRN

BoboiBoy tercalon Filem Animasi 3D Terbaik

(Visited 308 times, 5 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button