Politik

Tolak Anwar: UMNO super ego – Mujahid

NAIB Presiden Amanah Datuk Ser Dr. Mujahid Yusof Rawa menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang super ego selepas menolak untuk bekerjasama dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas menteri yang menjaga hal ehwal agama itu berkata, UMNO akan tersisih bersama pembelotan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan rakan-rakannya jika terlalu membawa ego ethno-centrict atau ego perkauman.

“UMNO dan mentaliti super egonya terhadap DSAI dan DAP masih tidak berubah. Walaupun pada hakikatnya UMNO tahu kerajaan PN tertegak atas pembelotan mandat rakyat dan telah mengundang celaka besar kepada ketidaktentuan politik nasional sekaligus menggangu tumpuan mengendalikan krisis covid. Sebagaimana asas demokrasi terjejas teruk.

“Mentaliti UMNO masih tidak dapat menerima realiti keputusan demokrasi yang dimenangi oleh PH. DAP walau apapun pandangan politik kita terhadapnya adalah entiti yang sah dan telah membuktikan keabsahannya malah memerintah sebuah negeri,” kata Mujahid.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Mesyuarat itu menyaksikan UMNO muktamad dengan keputusannya sebelum ini iaitu untuk terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin sekaligus menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

UMNO turut menyarankan agar inisiaif rekonsilasi nasional atau agenda perdamaian nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan parti pembangkang.

Mujahid berkata, hubungan retak menanti belah UMNO dengan kerajaan PN telah ditampal dengan keputusan mesyuarat semalam.

“Walaupun sikap politik UMNO boleh kita fahami masih di takok lama mengekalkan status-quo tetapi ada yang baru cuba diselitkan dalam kenyataan semalam iaitu perkataan ‘Rekonsiliasi Nasional’ atau ‘Perdamaian Nasional’ rentas semua parti.

“Dalam kenyataan Presiden UMNO itu juga ada menyatakan bahawa perdamaian nasional masih tetap bersyarat; tanpa PKR dan DAP! Apakah pakej rekonsiliasi ada syaratnya?

“Jika perdamaian nasional yang dimaksudkan tanpa PKR dan DAP adakah ini bermaksud kemenangan PH secara bermandat sebagai kerajaan pada PRU lalu mahu dinafikan?” soal Mujahid.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut mengandaikan langkah UMNO malam tadi bukan untuk memberi tumpuan melawan covid atau ajakan kepada perdamaian nasional tetapi sebaliknya untuk membubarkan parlimen dan bersedia untuk Pilihan Raya Umum.

Kata Mujahid, jika telahannya benar, maka jelas UMNO sedang bermain politik makam tertinggi dengan menggunakan alasan tumpu covid dan perdamaian nasional sebagai topeng.

“Walaupun UMNO tahu PRU tidak relevan buat masa ini tetapi ia memerlukan ruang selesa untuk bersedia ke arah itu.

“DSAI dan semua parti teras PH perlu meneruskan agenda rakyat dalam usaha memulihkan demokrasi dan asasnya.

“Membentuk landasan yang betul dan memelihara lunas perundangan adalah pra-syarat perdamaian nasional yang hakiki. Biarlah semua pihak tertumpu kepada membina hak-hak yang termaktub dalam kerangka demokrasi negara,” kata Mujahid.

Tegas Mujahid, rakyat memerlukan memerlukan sesuatu yang lebih keramat dan menuntut parti -parti berganjak kepada tahap ego nasional.

“Ego Nasional dikongsi semua pihak dan menjadi sebab kepada rekonsiliasi dapat dijayakan kerana dalam proses itu semua kita akan memelihara Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ego Nasional mesti dipertahankan,” tegas Mujahid.-SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button