Hiburan

Tak hantar anak ke sekolah, Suhaimi Saad ajar anak lipat kain

SEBELUM ini, nama Suhaimi Saad sering menjadi sebutan kerana pendiriannya dirasakan tidak sesuai seperti enggan menghantar anaknya ke sekolah.

Terbaharu, Suhaimi memberitahu dia memilih untuk mengajar anaknya melipat kain baju mereka sendiri.

“Akademik sahaja tidak cukup untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang berguna dan berjaya.

“Dunia hari ini dipenuhi oleh ramai orang yang terpelajar dan berkelulusan, tapi kekurangan orang yang beradab dan berkemahiran.

“Puncanya tidak lain tidak bukan kerana kurang iman dan amal yang benar di sisi Tuhan,” katanya.

Pendirian Suhaimi itu turut mendapat persetujuan daripada pengikut laman sosialnya.

Malah, ada yang menginspirasikan cara Suhaimi mendidik anak mereka sebagai langkah yang terbaik. -SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button