Nasional

Kerajaan akan teruskan pemberian rebat elektrik kepada golongan miskin

KERAJAAN bersetuju meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik.

Beliau berkata, kerajaan akan terus menambah baik pendekatan subsidi elektrik bersasar mengikut tahap penggunaan elektrik.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan memberi isyarat yang tepat kepada pengguna untuk mengamalkan kecekapan tenaga dan amalan berjimat cermat dalam penggunaan elektrik harian mereka,” katanya di Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2024 hari ini. -SM

Baca : Kerajaan akan laksana cukai minimum global

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button