JenayahNasional

Blogger Rafi Awang Kechik direman bantu siasatan rasuah RM41 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang blogger politik bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai lebih kurang RM41 juta di sebuah kementerian.

Menurut sumber, suspek yang dipercayai dikenali dengan nama Rafi Awang Kechik menerima rasuah berjumlah lebih kurang RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.

Menurut laporan Utusan Malaysia, sumber memberitahu, permintaan dan pembayaran rasuah ini dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Difahamkan, selain daripada isu jenayah rasuah, SPRM juga akan melihat bagaimana tatacara perolehan projek ini dilaksanakan.

Terdahulu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini sehingga 13 Mei terhadap suspek setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah seksyen 16 ASPRM 2009.

Suspek juga merupakan pemilik NR Channel TV  sebelum ini pernah dituduh menerima dana sebanyak RM40,000 untuk mengadakan program bual bicara bertujuan ‘menyucikan DAP’. – UTUSAN MALAYSIA

BACA Malaysia masih takut-takut kebebasan media

BACA Topeng muka: Tuduhan blogger pro-PH berniat jahat, kata Najib

(Visited 6,583 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button