Mahkamah

Permohonan Najib tangguh proses rayuan sebulan ditolak

Permohonan pasukan pembelaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan bagi tempoh satu bulan ditolak.

Panel tiga hakim Hahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan yang dibuat hari ini.

Menurut Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, tiada asas kukuh untuk mahkamah memberi tambahan masa dan memutuskan proses rayuan diteruskan hari ini juga.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Has Zanah Mehat.

Ketua pasukan pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika mengemukakan permohonan penangguhan berkata, pihaknya memerlukan tempoh masa berkenaan bagi mendapatkan beberapa dokumen.

Dokumen tersebut merupakan bukti terbaharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari mahkamah di New York, Amerika Syarikat, serta Singapura.

Najib dalam afidavitnya bertarikh 24 Mac berkata, dokumen berkenaan kritikal bagi menyokong proses pembelaannya dan ia tidak dikemukakan pihak pendakwaan sebelum kes itu bermula.

Berdasarkan afidavit berkenaan, Najib mendakwa antara dokumen yang berada dalam simpanan pendakwaan dan beberapa entiti lain, mempunyai hubung kait dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, serta ahli keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Susulan permohonan itu, Muhammad Shafee sewaktu awal prosiding hari ini berkata, atas sebab itu pihaknya memohon agar diberikan tempoh masa satu bulan untuk mereka mendapatkan dokumen berkenaan.

Pada 28 Julai tahun lepas Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah ke atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan dana RM42 juta dari SRC International Shn Bhd. pada 28 Julai tahun lepas.

Bekas Presiden UMNO itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.

Bagi tiga kesalahan pecah amanah dan tiga lagi kesalahan pengubahan wang haram, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.-SM

 

 

 

(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button