Politik

Puad mengarut!

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mendakwa kisah menteri UMNO dibelasah kerana tidak menyokong  cadangan darurat kesihatan adalah mengarut.

Tan Sri Annuar Musa merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dalam hantaran ke twitternya berkata ia perkara yang mengarut.

Tulis Annuar dalam twitternya; “Ini karut… sangat tidak benar,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zakarshi kononnya Menteri UMNO ‘dibelasah’ semasa mesyuarat Kabinet menerusi aplikasi Zoom dan kerana mereka tidak menyokong usaha mendapatkan pengisytiharan darurat.

Mohd Puad dalam tulisan disiarkan UMNO Online mendedahkan UMNO  menjadi sasaran kerana Menteri  dalam kalangan parti itu menyokong keputusan Raja-Raja Melayu menolak darurat.

“Kalau ada “kejujuran politik” sudah tentu Menteri Menteri UMNO tidak dibelasah dalam “Zoom Cabinet Meeting” Rabu lalu.

“UMNO jadi sasaran kerana Menteri UMNO menyokong keputusan Majlis Raja Raja yang menolak peristiharan darurat. Kononnya Menteri UMNO tidak mengamalkan “collective responsibility”.

“Itu sebabnya Biro Politik UMNO cadangkan terma baru dan hitam putih. UMNO mahu hubungan dalam Kerajaan PN berasaskan konsensus parti dan kejujuran politik.

“Pengalaman pahit di Sabah banyak mengajar. Apabila tiada kejujuran politik maka politiking berterusan.

“Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi sukar kerana tiadanya kejujuran politik. UMNO memang wajar diberi peranan jawatan TPM. UMNO tidak perlu apalogatik dan takut dituduh gila kuasa,” katanya.

Beliau turut juga meminta Muhyiddin tidak perlu berdolak dalik.

“Jika tidak dilayan, politiking berterusan. Kerajaan 113 terus tidak stabil. Rakyat menjadi mangsa. Puncanya, tiada kejujuran politik,” kata Mohd Puad.

Insiden ini didakwa berlaku dalam mesyuarat kabinet melalui aplikasi Zoom Rabu lepas.

Mohd Puad turut menulis, ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi MKT dua kali dalam masa seminggu.

“Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking.

“Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan politiking. Tuanku tahu nasihat darurat  berkaitan dengan kejujuran politik bukan isu COVID-19 semata mata,” katanya.

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button