Politik

Tidak perlu pertikai inisiatif BN Gopeng baiki jalan pintas

IPOH 8 Nov. – Sepatutnya tiada pihak mempertikaikan inisiatif Barisan Nasional (BN) Parlimen Gopeng membaiki jalan pintas dari Desa Pakatan ke Bandar Seri Botani dekat sini.

Walaupun merupakan jalan persendirian, ia menjadi penghubung penting penduduk setempat kerana memendekkan perjalanan selain memudahkan masyarakat.

Calon Parlimen BN Gopeng, Cally Ting berkata, sesiapa pun boleh mengambil tanggungjawab tersebut atas niat untuk memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Menurut beliau, disebabkan ia adalah jalan persendirian maka keadaannya terbiar apabila berlopak akibat dilalui kenderaan berat dan bertakung apabila hujan.

“Keadaan ini menimbulkan kesukaran pada penggunanya, malah ada kenderaan penduduk rosak kerana permukaan jalan yang berlubang-lubang.

“Disebabkan kita kerap menerima aduan maka kita ambil inisiatif membaiki jalan ini dengan menanggung segala kos.

“Kita bukan menurap tar tetapi memanggil jentera meratakan permukaan jalan sebelum diletakkan batu-batu untuk menutup lopak-lopak pada jalan,” ujarnya.

Justeru kata Cally, tidak perlu timbul tentang status jalan itu tidak dapat dibaiki kerana tiada peruntukan dan tiada mana-mana bidang kuasa agensi kerajaan yang berhak mengelola jalan tersebut.

Tegasnya lagi, ini hanyalah inisiatif kecil yang dibuat secara sementara.

“Sebenarnya tak perlulah sesiapa pun ungkit perkara ini apatah lagi kalau nak dijadikan modal politik. Usaha ini kecil sahaja tetapi bagi BN Gopeng ia masalah rakyat dan bukan remeh,” ujarnya.

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button