NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda lancar Promosi Larian Perlis-Nakawan Ultra 2022 Peringkat Borneo’ di Sarawak

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan melancarkan “Promosi Larian Perlis-Nakawan Ultra 2022 Peringkat Borneo” di Pejabat Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn. Bhd., Chong Lin Park, di Kuching, Sarawak, semalam.

Keberangkatan Baginda berdua ke program bertemakan ‘The Thrill of Northern Trails’ itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SLT Sdn. Bhd., Datuk Nellsen Young dan CEO MEP Ventures Sdn Bhd, Ku Hasrin Ku Abdul Rahman.

Hadir sama, Exco Pelancongan negeri, Asmaiza Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Ts. Kamel Mohamad, Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Amir Omar dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Sydney Quays.

Larian Perlis-Nakawan Ultra ini dianjurkan MEP Ventures (MEP21) Sdn. Bhd. dan Kelab Pelari Denai Putra dengan kerjasama kerajaan negeri dan Tourism Malaysia.


Larian yang julung kali diadakan ini menyasarkan 800 peserta.

Antara objektif Nakawan-Ultra adalah untuk membangunkan semula Perlis sebagai sebuah destinasi pelancongan sukan, merangsang ekonomi domestik, dan mempromosikan tempat-tempat menarik di negeri ini.

Para perlari akan melalui laluan kawasan ekopelancongan menarik di sekitar Sungai Batu Pahat, kawasan dusun buah-buahan, sawah padi, sungai Lencongan Barat, kampung tradisi dan juga kawasan hutan simpan.

Menurut Nellsen pula, larian Perlis-Nakawan Ultra melibatkan tiga kategori iaitu sejauh 50 km , 25 km dan 10 km ini akan diadakan pada 9 dan 10 Disember 2022 di Kompleks Eko Pelancongan, Sungai Batu Pahat, Perlis.

Buat pertama kalinya, kategori ‘Super Senior’ terbuka kepada peserta-peserta berusia 50 tahun ke atas, selain kategori Junior Khas (12-17 tahun) untuk memperkenalkan anak-anak muda kepada acara larian denai.

Program tersebut bertujuan untuk mempromosi acara pelancongan di negeri Perlis dan memperkenalkan tempat-tempat menarik di sini.

Selain itu, untuk menghebahkan pakej-pakej khusus bagi pelari dari Borneo untuk menyertainya melalui SLT.

Yuran pendaftaran ‘Early Bird’ yang akan tamat pada 22 September ini berharga RM70 untuk 10 km (Junior), RM80 10 km (dewasa), RM130 untuk 25 km dan RM195 untuk 50 km.

Tiket kadar biasa boleh dibeli dari 23 September hingga 17 Oktober, berharga RM80 untuk 10 km (Junior), RM95 untuk 10 km (dewasa), RM145 untuk 25 km dan RM235 (50 km).

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran dalam talian, boleh layari www.nakawanultra.com.

Bagi peserta dari Borneo (Sarawak Sabah/Brunei/Kalimantan) bolen hubungi Smart Leisure & Travels Sdn Bhd di talian 016-8930309/017-9050309/082- 422282, atau e-mel
[email protected] – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button