NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda berkenan lawat Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat melawat Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim.

Turut sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd Noorazam Datuk Osman dan isteri, Datin Azalila Mohd Aris .

Berangkat sama anakanda-anakanda Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keluarga di Raja ini juga meluangkan masa melawat Galeri Seni Johor yang sedang mengadakan pameran bertajuk Detik-Tok Sekolah Seni Malaysia Johor dan turut berkenan mengambil bahagian dalam aktiviti “Tie And Dye”.

Raja Muda dan Raja Puan Muda juga berkenan mengunjungi Galeri Tenun Johor di samping menyaksikan “Mini Showcase Of Traditional Performances”.

Tuan rumah juga turut mempersembahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Tuanku Raja Muda Perlis ke-55 pada hari Jumaat, 30 Disember 2022. – SM

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button