Nasional

Sembilan sekeluarga lemas pikap terjunam dalam sungai

SEMBILAN orang dari satu keluarga lemas apabila kenderaan jenis pikap yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar.

Kejadian berlaku di jeti feri Triso, Beladin, dekat Betong Sarawak.

Semua mangsa termasuk seorang bayi terperangkap dalam kenderaan tersebut.

Ia membabitkan lima lelaki dan empat perempuan.

Orang ramai yang berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaaan tersebut, tetapi malangnya semua mereka sudah lemas.

Memetik laporan BH Onlione, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata, mereka menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke tempat kejadian kira-kira 60 kilometer dari balai.

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button