Nasional

Pesawat MASwings tergelincir di Lapangan Terbang Long Seridan

SEBUAH pesawat jenis Twin Otter (DHC6) milik MASwings dilaporkan tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Long Seridan di bahagian Miri hari ini.

MASwings, dalam satu kenyataan di sini, mengesahkan kejadian itu berlaku pukul 10.05 pagi.

Dua penumpang dan dua anak kapal dalam penerbangan MH3622 dari Marudi itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut MASwings, keutamaan syarikat penerbangan itu adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal.

Syarikat penerbangan itu turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa terbabit dalam membantu siasatan. – BERNAMA

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button