NasionalRibut

Raja Muda Perlis ziarah mangsa ribut di Kampung Gonchar

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli menziarah mangsa ribut semalam di Kampung Gonchar, Kangar hari ini.

Kehadiran baginda di kampung tersebut dianggap sebagai ‘membawa rahmat’ apabila lima buah rumah penduduk di sana rosak.

Baginda merupakan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai.

Melalui MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin mengurniakan sumbangan wang tunai bagi membantu baik pulih lima rumah yang rosak akibat dipukul ribut.

Antara penerima, Marzuki Hamid 63, yang melahirkan rasa syukur apabila kediamannya yang terjejas mendapat perhatian.

Marzuki menerima sumbangan yang diserahkan baginda dalam program ‘Hijrah Minda MAIPs’ di Masjid Ar Rahim, Kampung Titi Tok Bandar.

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menziarah penduduk yang kediamannya rosak akibat dilanda ribut di Kampung Gonchar, Kangar hari ini.

Hadir mengiringi ialah Ketua Pegawai Eksekutif maips, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal, Mohd. Nazri Mat Rejab.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris memaklumkan sebanyak tujuh buah rumah sudahpun menerima bantuan.

“Setakat ini, terdapat tujuh buah rumah yang dilaporkan kepada MAIPs dan bantuan sewajarnya telahpun disalurkan,” katanya.

Tambahnya, amil kariah sentiasa membuat pemantauan untuk tindakan segera bagi penyaluran bantuan sekiranya kejadian serupa berlaku. – SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button