Nasional

Raja Muda Perlis zahir ucapan tahniah atas pencapaian MAIPs

Tahniah dan penghargaan diucapkan atas segala komitmen jitu daripada seluruh keluarga besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Bermula daripada para penyumbang zakat, Ahli Majlis, Jawatankuasa di bawah MAIPs, para Pekhidmat Majlis, Warga Agensi bersama, serta seluruh pendokong MAIPs yang telah seia sekata dalam menjayakan ’Pelan Hala Tuju MAIPs 2015-2020’.

Garis masa 2015 sehingga tahun 2020, telah menyaksikan fasa perubahan MAIPs dalam melabuhkan tirai kurun pertama, dengan tema seperti ”Melestari Transformasi (2015)”, ”Memantapkan Transformasi (2016”, ”Membina Asas Kemajuan (2017)”, ”Menjana Kemajuan (2018)”, dan ”Menjulang Kemajuan (2019 hingga 2020)”.

Jika diamati, 5 tema tersebut seakan mempersiapkan MAIPs untuk menuju mercu jaya bermula dari rancangan Pelan Transformasi Pengurusan MAIPs 2011. Tema-tema berkenaan telah diangkat menjadi fokus yang akhirnya mencorakkan gaya dan tindakan MAIPs bagi menjalankan fungsi dan peranannya’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan ‘Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 Peringkat Warga Kerjanya’ yang diadakan di perkarangan Pejabat MAIPs di Pengkalan Asam Kangar.

Terdahulu simbolik pelancaran rasmi disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj. Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hj. Hazman Hassan.

Menurut Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs’, ‘Kita kini berada di penutup tahun 2020 yang bakal menutup Pelan Hala Tuju MAIPs 2015-2020. Sudah banyak ’perit jerih’ serta kenangan manis ’suka’ dan ’duka’ yang kita kongsikan bersama. Ianya tersimpan erat dalam lipatan sejarah yang sewajarnya menjadi pedoman, pengajaran dan pengalaman untuk organisasi ini meneruskan perjalanannya.’.

Tambah baginda, pihak Pengurusan MAIPs dan seluruh agensi bersamanya disarankan agar terus menggunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk melaksanakan post-moterm dan bermuhasabah dengan menilai kembali segala prestasi atau pencapaian terhadap perancangan yang telah disasarkan. Penilaian kendiri wajar dilaksanakan oleh setiap organisasi dalam menetapkan langkah yang perlu diambil untuk masa depan yang lebih gemilang.

Mengenjak ke lembaran kurun kedua, MAIPs dilihat tampil yakin mempamirkan citra sebagai sebuah organisasi yang sentiasa menaungi seluruh Ummah. Segala inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakannya, semakin terserlah akan hasil dan impaknya.

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button