Nasional

4 kru warga Indonesia ditemui hanyut di Pulau Pemanggil

Nekad terjun kerana kapal dinaiki rosak enjin utama

BERPANTANG maut sebelum ajal. Terdampar di Pulau Pemanggil, Mersing, Johor, empat kru warga Indonesia ditemui hanyut pada kedudukan empat batu nautika barat pulau tersebut, Isnin lalu.

Empat kru warga Indonesia itu hanyut selepas kapal kargo dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin utama.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing, Suhaizan Saadin berkata, mangsa dikenali sebagai Darman, 42, Murhairi, 57, Agus Mustafa, 25, dan Suhandri, 22.

Mereka nekad untuk terjun daripada kapal yang rosak sebelum hanyut sejauh 110 batu nautika dari perairan Tanjung Pinang, Indonesia.

Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima maklumat terdapat satu kapal mencurigakan hanyut berhampiran perairan pulau berkenaan.

Sehubungan itu, bot Perkasa 44 yang sedang melakukan rondaan telah diarah untuk melakukan pemantauan dan pemeriksaan.

“Kapal tersebut mulai hanyut pada Sabtu,12 Ogos lepas kira-kira jam6 petang dan mereka bertindak terjun kerana telah hanyut beberapa hari dalam keadaan cuaca buruk dan ombak kuat tanpa sebarang bantuan dan komunikasi setelah terputus hubungan.

“Susulan itu, kita segera mengkoordinasikan Op Carilamat dengan mengarahkan bot ronda ke lokasi mangsa diselamatkan serta menghubungi komuniti maritim yang berada berdekatan untuk memberi bantuan awal kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Suhaizan berkata, semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Mersing dan diserahkan kepada pihak Zon Maritim Mersing bagi tindakan selanjutnya.

“Mereka akan dihantar pulang ke jeti asal di Tanjung Pinang, Indonesia apabila proses dokumentasi dengan pihak kedutaan Indonesia dan proses baik pulih enjin kapal terbabit selesai dilakukan.

“Kita juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti maritim khasnya penduduk pulau yang bertindak pantas dalam memberikan bantuan awal kepada mangsa terlibat,” katanya. – SM

BACA Banjir Baling : Mayat 3 sekeluarga yang hanyut telah ditemui

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button