HiburanLuar Negara

Wabak koronavirus, banyak konsert di Korea Selatan ditunda atau dibatalkan

PENULARAN wabak novel koronavirus turut menyaksikan pihak penganjur konsert hiburan di Korea Selatan menunda atau membatalkan persembahan dan acara lain, lapor agensi berita Yonhap.

Orkestra Simfoni Boston, sebuah kumpulan orkestra utama di Amerika, dijadual membuat konsert pertamanya di Korea Selatan pada Khamis dan Jumaat, sempena siri jelajah Asia Timur.

Namun, syarikat muzik itu membatalkan konsert di Seoul dan di Taiwan, Hong Kong serta Shanghai – atas alasan kesihatan.

Korea Selatan melaporkan kes pertama koronavirus pada 20 Jan dan terbaru pada 24 Jan. Jumaat.

Yayasan Kebudayaan Seongnam di selatan Seoul, menjadualkan semula konsert pemain piano Jepun Yuhki Kuramoto, yang dijadual pada 16 Feb, ditangguh pada November.

Kebanyakan program hiburan dan konsert K-pop sama ada di dalam dan luar negara pada bulan ini telah dibatalkan atau digantikan dengan acara dalam talian.

Kumpulan GFriend memperkenalkan album sulung mereka “回: Labyrinth,” menerusi persembahan dalam talian. Satu lagi kumpulan wanita, Loona turu membuat persembahan secara dalam talian.

Kumpulan Pentagon juga bercadang mengambil langkah sama untuk memperkenalkan album pertama mereka “Universe: the Black Hall,” Rabu depan.

Kumpulan WINNER membatalkan konsert mereka di Singapura yang dijadual pada Sabtu, manakala penyanyi berpasangan Akmu membatalkan konsert di Changwon yang sepatutnya diadakan pada Sabtu dan Ahad.- BERNAMA

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button