Nasional

Jabatan Perikanan giat analisa kes keracunan kupang di Port Dickson

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) masih menjalankan analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson untuk mengesahkan sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya dan keputusan analisis dijangka dapat diketahui pada esok.

DOF sebelum ini telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan larangan sementara bagi menjual dan mengeluarkan kupang ternakan samada melalui sistem panggar atau pancang.

DOF juga sentiasa melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia secara berjadual di bawah Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (National Shellfish Sanitation Program – NSSP) yang melibatkan sampel kerang- kerangan ternakan dan liar.

Orang ramai juga diminta melaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri/ Daerah yang berdekatan jika melihat
perubahan warna air laut yang mencurigakan. – SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button