JenayahNasionalNegeriUncategorized

Kanak-kanak perempuan cedera didera bekas kekasih ibu

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera di bibir dan muka dipercayai didera bekas kekasih ibunya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 25 tahun mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.39 pagi, semalam.

Beliau berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 29 tahun di Kempas, kira-kira jam 11.05 malam tadi.

“Kanak-kanak yang cedera di bibir dan muka telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) bagi rawatan lanjut.

“Permohonan reman akan dibuat pada pagi ini di Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali. – Bernama – SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button