NasionalNegeri

Festival Mangga Harumanis Perlis dilancar Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat melancarkan Festival Mangga Harumanis Perlis yang diadakan di perkarangan Dewan 2020, Kangar, semalam.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah Pertanian Negeri Perlis, Hafizuddin Othman dan Timbalannya, Bazilah Jalil.

Program tersebut dianjurkan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis yang dihadiri ribuan rakyat Perlis.

Festival Mangga Harumanis Perlis merupakan acara tahunan yang diadakan di bawah anjuran Jabatan Pertanian Negeri Perlis dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.

Dengan keistimewaan dan kualiti yang tersendiri, Mangga Harumanis Perlis berjaya mendapat permintaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan pasaran luar.

Pada kemuncak majlis tersebut, Pemangku Raja Perlis berkenan meletakkan ‘puzzle’ sebagai Simbolik Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2023 dan juga Melancarkan Produk Inovasi Berasaskan Mangga Harumanis.

Majlis pelancaran ini juga menandakan bermulanya jualan Mangga Harumanis Perlis di negeri ini sehingga Jun 2023.

Mangga harumanis ini bukan saja untuk dimakan bahkan diproses menjadi Jus Harumanis Al-Kamsah dari syarikat Athanliz Innovation Sdn. Bhd. dan juga sebagai produk makanan dan minuman dengan jenama Mafera serta produk kosmetik berjenama Lindifera. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button