Alam SekitarBencana alam

Raja Muda Perlis titah MAIPs permudah bantuan mangsa bencana

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa cuba bagi mengambil langkah proaktif dalam mempercepatkan penyaluran sumbangan, khususnya kepada mereka yang menghadapi ujian dan musibah bencana.

Berhadapan dengan situasi sukar, mangsa sudah pasti memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat termasuklah agensi seperti MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Demikian dititahkan oleh Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat menyantuni mangsa ribut Sonan Bin Idris, 80 tahun yang tinggal seorang diri di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar baru-baru ini.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, masyarakat juga perlu sentiasa bersedia dalam berhadapan situasi cemas seperti mengutamakan keselamatan nyawa diri dan keluarga tersayang serta mengetahui tindakan-tindakan cepat yang perlu dilaksanakan seperti pemakluman kepada pihak penyelamat, menjaga keselamatan dokumen termasuk mempersiapkan ‘kit bencana’ bagi diri dan juga ahli keluarga masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang mengiringi Tuanku Syed Faizuddin Putra ke lawatan tersebut pula menjelaskan bahawa pihak MAIPs sentiasa berusaha yang terbaik dalam membantu mangsa dan berharap agar mangsa juga mengambil langkah awal dalam menyalurkan maklumat lengkap kepada pihak agensi terbabit.

Menurut beliau, apabila menghadapi bencana, mangsa perlu segera membuat laporan polis, memaklumkan kepada pemimpin masyarakat berdekatan serta menyediakan dokumen asas seperti salinan penyata akaun bank agar mudah untuk sumbangan disalurkan secara terus dan pantas.

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button