Nasional

28% kawasan terjejas air di Lembah Kelang telah pulih

SEBANYAK 28 peratus daripada 998 kawasan terjejas bekalan air di Lembah Kelang telah pulih sehingga pukul 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza.

Faktor tempoh gangguan dan pemulihan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

“Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan hentitugas.air,” katanya.

Kuala Selangor mencatatkan 75.6 peratus pemulihan, Hulu Selangor (60.7 peratus), Petaling (60.4 peratus), Shah Alam (40.4 peratus) dan Klang (0.9 peratus).

Sementara Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat belum mencatatkan sebarang kemajuan pemulihan bekalan air.

Kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 Oktober lalu sehingga 16 Oktober ini.

Gangguan bekalan air berlaku berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).-SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button