Politik

Najib sembang sahaja nak saman – Chegubard

“SETAKAT ini, dia sembang sahaja. Saya alu-alukan saman daripada dia. Sudah pasti akan ada saman balas kalau saman itu bukan sumber daripada saya.”

Demikian kata-kata pemimpin parti Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana memfitnah Najib berhubung ayat “Apa lagi Cina mahu?”

Chegubard berkata, setakat ini masih belum ada sebarang “surat cinta” atau notis saman daripada bekas perdana menteri itu sampai ke pihaknya.

“Tiada (saman), tiada apa pun. Najib ni biasalah, dia nak saman Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa tapi tak saman-saman.

“Dia nak saman Muhyiddin (Yassin), tak saman-saman,” katanya yang mendakwa Najib cuba mengalihkan isu kes penyelewengan dana 1MDB yang dihadapinya.

Kata Chegubard lagi, “Penafian tu hanya nak tunjuk dia hebat, dia betul. Isu sebenar ialah dia nak alih isu sabitan dia dengan kes 1MDB.”

Chegubard berkata, beliau tidak akan “mengalah” dengan ugutan saman oleh bekas perdana menteri  itu berhubung ayat “Apa lagi Cina mahu?”

Semalam, Najib berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Chegubard kerana memfitnah beliau berhubung ayat “Apa lagi Cina mahu?”

Kata Najib, beliau sudah beri tempoh 24 jam kepada Chegubard untuk menafikan tuduhan itu namun beliau enggan “mengalah”.

Menurut Najib, beliau memang ada bukti muka hadapan Utusan dan ‘beberapa media’ yang pernah melaporkan ucapan ugutan tersebut pada 2013.

“Bebalnya. Tak payah buang masa dengan individu yang gagal membezakan tajuk berita media dengan apa yang saya ucap sebenarnya. Saya saman,” kata Najib dalam hantaran di Facebook beliau.

Jumaat lalu, Chegubard dalam catatan di Facebook mendakwa, Najib menipu dalam satu majlis di Pulau Pinang bahawa beliau tidak pernah menyebut ayat “Apa lagi Cina mahu”. – FMT – SM

(Visited 362 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button