Mahkamah

Kes Zahid: Fail dokumen kebajikan, saksi tetap anggap penggubahan wang haram

KESEMUA saksi pertuduhan penggubahan wang haram libatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan terlibat dengan kegiatan tersebut.

Saksi-saksi pendakwa yang tampil memberi keterangan sebelum ini menjelaskan bahawa transaksi yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan urusan biasa yang mengikut prosedur serta undang-undang dan sumbangan untuk kebajikan serta agama.

Bahkan fail berwarna merah jambu yang berada di hadapan Pegawai Penyiasat SPRM, Amiruddin Nordin yang tampil sebagai saksi pendakwa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah tertera perkataan bahasa Inggeris “Charity” atau kebajikan.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Saksi memberi keterangan berhubungan sejumlah transaksi cek dan wang tunai membabitkan seorang penggurup wang Omar Ali Abdullah dan Tetuan Lewis & Co.

Syarikat guaman itu adalah pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang dipunyai oleh Ahmad Zahid.

Sebelum itu ketika pihak pendakwa menyoal saksi, beliau terbatuk dan pendakwa bertanya apakah tekak beliau kering dan memerlukan air.

Secara spontan Ahmad Zahid kemudiannya menghulurkan air di dalam botol yang belum dibuka kepada timbalan pendakwa raya dan kemudian memberikannya kepada saksi.

Saksi pendakwa yang ke-96 itu ketika disoal balas oleh peguam bela Hamidi Mohd Nor turut mengaku fail berkenaan diterimanya selepas siasatan berjalan.

Selain itu saksi juga tidak sedar tentang peraturan yang menetapkan mana-mana firma guaman yang mengendalikan wang pelanggan selaku pemegang amanah perlu memasukkannya ke dalam akaun simpanan tetap dan merupakan amalan biasa serta bukan arahan Ahmad Zahid.

Saksi ketika disoal balas oleh pendakwa menjelaskan bahawa siasatan mendapati transaksi adalah di atas arahan Ahmad Zahid.

Hamidi: Pada 6 Ogos 2018 ketika siasatan dimulakan, menunjukkan saya ketika ini kamu belum terima fail merah jambu.
Saksi: Setuju.

Hamidi: Fail merah jambu hanya diterima pada 6 September.
Saksi: Betul.

Hamidi: Tempoh September hingga Oktober, kamu belum menerima dokumen lengkap.
Saksi: Betul.

Hamidi: Siasatan kes penggubahan wang haram ini, adalah tempoh paling singkat pernah kamu siasat.
Saksi: Setuju.

Semasa disoal pihak pendakwa, saksi menyatakan dua akaun dibuka oleh Lewi & Co adalah arahan Ahmad Zahid, bagaimanapun ketika disoal balas oleh peguam pembela, saksi mengakui tiada bukti bertulis menyatakan tertuduh berbuat sedemikian.

Wang yang masuk ke dalam akaun Lewis & Co adalah untuk kebajikan, kata peguam bela, tetapi tidak dipersetujui oleh saksi.

Saksi ketika disoal balas oleh pihak pendakwa turut menjelaskan tempoh singkat siasatan tidak menjejaskan siasatan yang dijalankan.

Saksi juga menyatakan saksi pendakwa sebelum ini B Muralidharan menerima arahan secara lisan daripada tertuduh untuk menukarkan wang tunai kepada cek dan dimasukkan ke dalam akaun Lewis & Co dan dimasukkan ke dalam simpanan tetap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button