Berita

Raja Muda Perlis titah golongan muda lengkap diri dengan sahsiah mulia

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kecemerlangan akademik atau intelek semata-mata bagi generasi muda tidak bermakna jika tidak dilengkapi sama dengan sahsiah yang mulia.

Sehubungan itu, ibu bapa dititah sarankan supaya memastikan anak-anak masing-masing menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah dan bukan semata-mata di bahu para guru.

‘Bimbinglah anak-anak ini untuk menjalankan tanggungjawab dan tuntutan agama’.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Jamek Kampung Binjal untuk diagihkan oleh amilnya, Sharizan Abu.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Raja Muda, ‘Dalam memenuhi hasrat negara, modal insan yang bersifat cerdas, kreatif dan kritis merupakan komponen yang signifikan. Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan melahirkan insan-insan yang kreatif dan kritis seperti ini’.

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button