Alam SekitarBencana alam

Raja Muda Perlis tinjau rumah penduduk dilanda ribut

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau beberapa buah rumah di sekitar kariah Masjid Putra Simpang Empat yang telah dilanda ribut bagi menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Keberangkatan baginda diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor beserta ketua-ketua jabatan dan agensi negeri dan Persekutuan.

Sebanyak kira-kira 40 buah rumah telah rosak kebanyakannya melibatkan bahagian bumbung dan dinding akibat diterbangkan angin kuat ketika kejadian yang berlaku antara 7.30 hingga 8.00 malam di beberapa kawasan di Perlis khususnya Sanglang dan Simpang Empat pada isnin.

Antara keluarga mangsa yang disantuni Tuanku Raja Muda ialah penjual kueh tradisional Junaidah Ya (RM700), tukang rumah dan petani Mohd Solleh Hamid (RM8000) dan pekerja pendawaian elektrik Zairul Azhar Ahmad Rodhi (RM4500). Selain menerima bantuan bencana daripada MAIPs, masing-masing turut diagihkan dengan beras, kit ‘MAIPs Peduli’ beserta beberapa kotak bahan makanan mentah hasil sumbangan daripada pelbagai rakan strategik MAIPs.


Pada kesempatan tersebut, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Ruhisha Haris yang turut mengiringi baginda mengingatkan semua bahawa sambutan Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini berkebetulan berada pada musim peralihan monsun timur laut ke monsun barat daya. Ianya dilihat boleh mengancam keselamatan masyarakat kerana pada musim ini dijangka ada berkemungkinan hujan dan ribut petir boleh membawa bersama angin kencang pada bila-bila masa sahaja dan mampu mengancam nyawa serta memusnahkan harta benda.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar seluruh lapisan masyarakat sentiasa peka dan mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita supaya keselamatan nyawa dan penghindaran daripada berlakunya sebarang kemusnahan harta benda akan berada dalam keadaan yang lebih terjamin.

Menambah kepada nasihat Ruhisha tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menitahkan bahawa sikap ‘sense of urgency’ dan mentaliti ‘ambil tahu’ ini akan membolehkan seseorang itu bertindak lebih awal sebagai persediaan untuk meminimakan risiko sebelum berlakunya sebarang bentuk bencana terhadap diri dan ahli keluarga kita tersayang”.

(Visited 86 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button