Bola SepakSukan

Liverpool berjaya rampas takhta pendahulu liga

LIVERPOOL mengalahkan Manchester United buat kali kedua untuk musim ini untuk merampas keduduakan pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas Mohamed Salah Berjaya menjaringkan dua gol membantu merka menang 4-0 di Anfield pada perlawanan awal pagi tadi.

Skuad The Reds berada pada prestasi yang sukar dihalang untuk mengatasi Manchester City dengan kelebihandua mata, sekali gus meningkatkan tekanan dalam perebutan kejuaraan liga musim ini.

City yang masih bebaki satu perlawanan berbanding Liverpool mempunyai peluang untuk merampas kembali takhta liga jika menang ke atas Brighton pada perlwanan yang dijadualkan di Ehtihad esok.

Pengendali United, Ralf Rangnick meletakkan lima pertahanan dalam usaha mengekang asakan Reds yang bersemangat membawa misi memburu empat kejuaraan, ketika Red Debvils pula berusaha mengejar kedudukan kelompok empat pasukan terbaik liga.

Bagaimanapun perancangan mereka seakan tidak menjadi hanya dalam masa limit minit apabila Diaz menyudahkan hantaran lintang rendah daripada Salah untuk meledak gol pembukaan.

Liverpool terus mendominasi permainan dan berjaya menggandakan kedudukan di minit ke-22 apabila Mane melakukan hantaran dan berjaya disempurnakan oleh Salah.

United bernasib baik kerana hanya ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama, namun meningkatkan permainan seketika di babak kedua.

Kecekapan penjaga gol, Alisson menyelamatkan percubaan Marcus Rashford dan Anthony Elanga.

Liverpool akhirnya menemui rentak sekali lagi dan meledak gol ketiga pada minit ke-66 apabila Mane dengan tenang melepaskan rembatan rendah hasil gerakan cantik Diaz-Andrew Robertson.

Salah kemudian ‘menabur garam di luka’ Red Devils apabila menjaringkan gol ke-30nya musim ini, lima minit sebelum tamat.

Misi United untuk memburu kedudukan empat teratas kini semakin sukar ketika saingan berbaki enam perlawanan dengan jatuh ke tangga keenam, tiga mata di belakang Tottenham.

Walau bagaimanapun penyokong kedua-dua pasukan memberi penghormatan kepada Cristiano Ronaldo yang tidak beraksi kerana kematian bayi lelakinya, dengan memberi tepukan hormat.

Liverpool akan kembali dalam aksi Liga Perdana pada Ahad apabila menerima kunjungan pasukan jiran, Everton ke Anfield, manakala United bertandang ke Arsenal pada Sabtu. – SM

Baca artikel ini > Liverpool ikat pemain sayap Columbia, Luiz Diaz, Newcastle ikat Guimares

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button