Agama

Raja Muda Perlis semua masjid diperiksa tahap keselamatan

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) mendapatkan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk segera membuat lawatan bagi memastikan semua masjid-masjid di negeri ini mempunyai sistem pendawaian, kabel dan suis elektrik berada dalam keadaan yang baik serta pemasangan keselamatan kebakaran(PKK) juga sempurna dan boleh digunakan pada bila-bila masa khususnya pada masa kecemasan bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.

Ini berikutan dua kebakaran yang berlaku di Masjid Al-Taqwa Alor Redis pada penghujung September dan juga Masjid Al Makmur, Kampung Bongor Kudong, Simpang Empat tiga minggu yang lalu berlaku di negeri ini.

Demikian dititah sampaikan melalui Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika meninjau Bilik Imam di Masjid Al Makmur, Kampung Bongor Kudong, Simpang Empat yang telah terbakar ketika anak jemaah sedang solat asar baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke masjid berkenaan bagi merasmikan penutupan kempen ‘Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia Peringkat Negeri Perlis’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama MAIPs, Yayasan Tuanku Syed Putra dan Yayasan Tuanku Fauziah.

Pada awal bulan ini MAIPs dan Agensi-agensi Agama Islam Negeri Perlis telah menjemput semua Pengerusi dan Setiausaha Ahli Jawatankuasa Masjid dan Amil daripada 4 masjid utama dan 97 buah masjid kariah di seluruh negeri di bawah pentadbiran MAIPs dan JAIPs bagi memberikan perkongsian nasihat di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri serta pihak TNB mengenai keselamatan kebakaran dan litar pintas sebagai peringatan kepada pihak pengurusan masjid supaya mengambil iktibar daripada peristiwa kebakaran masjid yang telah berlaku.

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button