Nasional

70 lagi anggota SMART diterbangkan ke Turkiye malam ini

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan menghantar 70 lagi anggota untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Mereka akan diterbangkan ke Turkiye malam ini bagi membantu operasi tersebut susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Gaziantep baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghantaran kedua kumpulan kedua itu dibuat selepas keberkesanan ditonjolkan pasukan pertama ketika berada di Turkiye.

“Daripada jumlah itu, seramai 20 anggota merupakan kumpulan SMART manakala 20 lagi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) serta 30 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. –

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button