Nasional

Raja Muda Perlis saran rakyat terus laksana aktiviti kitar semula

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan agar rakyat terus mempraktikkan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian.

Langkah ini jika berjaya dilaksanakan dengan berkesan akan dapat menyelamatkan alam sekitar kerana bahan terbuang akan dikitar semula, dengan ini pencemaran akan dapat dikurangkan.

Bahan mentah semulajadi juga akan kurang dilombong dan digunakan kerana bahan buangan sedia ada telah dikitar semula.

Demikian titah saranan baginda selepas berkenan menerima sembah mengadap perpisahan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri, Hj Azman Shah Ismail yang diadakan secara dalam talian disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Baginda merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan oleh Azman yang telah berkhidmat di negeri ini sejak 15 Disember 2016 sehingga 24 Jun 2021 dan bertukar atas sebab kenaikan pangkat ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) berkuatkuasa pada jumaat 25 Jun 2021.

Dalam pada itu, Azman Shah pula terus mengajak orang ramai di negeri ini untuk sama-sama melibatkan diri dalam program pengumpulan sisa elektrik dan elektronik yang juga dikenali umum sebagai ‘e-waste’.

Menurut beliau, ‘Ketika ini, di Perlis program pengumpulan ‘e-waste’ diadakan setiap hari sabtu minggu terakhir setiap bulan. Antara ‘e-waste’ yang boleh dikumpul ketika ini ialah mesin basuh, televisyen, penghawa dingin, peti ais, komputer dan telefon. Pusat-pusat pengumpulan yang telah dilantik khusus di negeri ini adalah Sengheng, Kangar dan Iyan Trading Sdn Bhd, Arau. Ketika ini sambutan di Perlis amat menggalakkan dari orang ramai’.

Komitmen semua pihak di negeri ini untuk sama-sama berganding bahu dalam agenda murni sebegini adalah selari dengan hasrat kerajaan pusat dalam menjayakan Pelan Halatuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.

Gambar Arkib:

Gambar arkib

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button