Nasional

Raja Muda Perlis saran masyarakat melakukan transformasi diri

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak masyarakat supaya sentiasa berusaha memperbaiki sebarang kelemahan diri dengan menyesuai dan membandingkan diri dengan orang lain.

Jelas baginda, walaupun bersetuju tentang kebiasaan orang berpesan, jangan bandingkan diri dengan orang lain kerana setiap orang berbeza dan unik namun, dalam konteks dunia hari ini, di mana semuanya bergerak terlalu pantas, di samping transformasi diri perlu dilakukan dari semasa ke semasa, baginda merasakan terdapat kewajaran untuk mula membandingkan diri sendiri dengan orang lain untuk membolehkan kita mengetahui di mana kedudukan sebenar dan semasa kita.

Tuanku Raja Muda menyarankan supaya melihat pencapaian teman masing-masing dan harus cuba merancang untuk mengatasinya dengan semangat dan cara yang positif. ‘Perbandingan’ ini hendaklah diambil sebagai ‘penanda aras’ untuk lebih maju dalam sasaran kerjaya, pelajaran mahupun kehidupan peribadi.

Demikian titah baginda menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah setiap seorang di rumah Hawa Saad 75 tahun, Awang Pin 74 tahun dan Latif Jusoh 89 tahun baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah sempena program kayuhan ‘MAIPs Peduli menjejaki dan menyantuni asnaf’ di sekitar Kuala Sungai Baru.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button