Nasionalpilihan

Kapal dagang berlabuh di perairan Tanjung Kling ikut plot

Satu kawasan telah ditetapkan untuk semua Kapal dagang yang ingin berlabuh di perairan dekat Tanjung Kling agar tidak menjejaskan kira-kira sumber rezeki 242 nelayan di tujuh pengkalan dekat sini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara tersebut diputuskan hasil perbincangan awal dengan pelbagai agensi berkaitan.

“Perbincangan awal diadakan antara Pelabuhan Tanjung Bruas, Pelabuhan Klang, Jabatan Perikanan negeri, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan persatuan nelayan pagi tadi.

“Kita telah minta JLM susun semula lot parkir buat kapal-kapal dagang berlabuh di plot-plot yang telah ditentukan kemudian kita akan perincikannya dalam tempoh sebulan lagi.

“Saya harap keputusan awal ini sedikit melegakan seluruh nelayan yang mencari rezeki di perairan Tanjung Kling dapat menangkap ikan tanpa risau jaring tersangkut di badan kapal yang berlabuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan kawasan tangkapan ikan nelayan di perairan di daerah Melaka Tengah di Jeti Perlindungan Sumber, Banda Hilir, Melaka di sini hari ini.

Muhamad Akmal berkata, hasil pertemuan dengan agensi terlibat hari ini dijangka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi nelayan terbabit sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian.

Menegaskan perkara tersebut beliau berkata, kerajaan dan JLM akan terus memantau kapal-kapal dagang yang ingin berlabuh agar mereka mematuhi keputusan yang telah dibuat.

“Kita akan pastikan kapal-kapal ini tidak lagi berlabuh secara berselerak seperti sebelum ini sebaliknya mereka akan disusun atur berlabuh secara selari serta memberi ruang kepada nelayan mencari rezeki.

“Pelaksanaan plot berlabuh secara sejajar ini mungkin dalam tempoh dua minggu atau sebulan tetapi ia bergantung kepada keputusan pihak pelabuhan kerana kita mahukan susunan kapal mestilah dalam keadaan yang baik,” katanya. – SM

BACA Bila Tanjung Bruas Port nak bayar pampasan kami? – Nelayan

BACA Tumpahan minyak jejas pendapatan 300 nelayan Tanjung Kling

 

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button