Nasional

Jadikan Itali sebagai iktibar COVID-19

SEMALAM, Itali mencatat 427 angka kematian akibat pendamik COVID-19 menjadikan jumlah korban di negara Eropah itu meningkat kepada 3,405 orang.

Satu angka yang bukannya masuk dalam kategori membimbangkan tetapi  menakutkan dan wabak yang sedang melanda seluruh dunia ini perlu dikekang.

Kita di Malaysia juga harus mengambil segala langkah untuk menyekat gelombang ketiga COVID-19 yang boleh melanda pada bila-bila masa sekiranya rakyat negara ini tidak memandang serius dengan arahan dan Perintah Kawalan Pergerakan yang baru masuk hari ketiga, hari ini.

Seharusnya masyarakat di negara ini menjadikan Itali sebagai ikhtibar, apa yang berlaku di negara itu sebagai contoh untuk kita sama-sama merenung dan mencari solusi agar wabak COVID-19 di Malaysia dapat dikekang dengan pantas.

Angka kematian yang dicatat oleh Itali dilaporkan melebihi jumlah kematian di China yang setakat semalam, Khamis, mencatatkan 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali.

Kita semua tahu bahawa COVID-19 atau coronavirus bermula di satu daerah di China, Wuhan sejak Disember tahun lepas tetapi menjadi semakin serius pada Februari lalu.

China berusaha untuk membasmi wabak COVID-19 dan kebanyakan bandar-bandar di negara republik itu dilaporkan umpama padang jarak padang terkukur.

Tetapi kerajaan China bertindak pantas, disokong padu oleh agensi-agensi terutama yang melibatkan perubatan untuk sama-sama merawat rakyat negaranya yang dijangkiti COVID-19.

Rakyat China juga akur dan patuh dengan arahan kerajaan mereka agar kuarantin di rumah, gunakan topeng muka dan hidung jika keluar, jaga kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dengan sabun dan sebagainya.

Memetik laporan Associated Press (AP), angka jangkitan di Itali pula meningkat kepada 41,035 selepas 5,322 kes baharu dicatatkan.

Dalam masa yang sama, bandar Wuhan dalam wilayah Hubei di China yang merupakan pusat penularan wabak COVID-19 sejak Disember lalu tidak mencatatkan jangkitan baharu semalam.

Satu pasukan Palang Merah China yang terbang ke Itali untuk membantu, sebelum ini telah mengkritik kegagalan rakyat dan masyarakat Itali tidak menjalani kuarantin sepenuhnya di rumah.

Mereka dikatakan tidak mengambil serius arahan ‘darurat negara’ yang dikeluarkan.

Dilaporkan 10,000 orang rakyat Itali bergerak ke luar daerah atau pulang ke kawasan pendalaman ketika arahan tinggal di rumah dikeluarkan oleh kerajaan.

Natijahnya, jangkitan COVID-19 dibawa bersama mereka yang bergerak ke kawasan-kawasan pendalaman, sebar jangkitan wabak kepada orang tua-tua, ahli keluarga, jiran dan sebagainya.

Itulah sebabnya, rakyat Malaysia perlu lebih berhemah, berdisiplin dan mematuhi arahan DUDUK DI RUMAH. – SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button