
Raja Muda Perlis hadir santap sempena MoA MPK-WRE
KUALA LUMPUR 11 Feb. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri majlis santapan tengahari sempena Majlis Penandatangan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan syarikat World Renewable Energies (WRE) Sdn Bhd di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.
Terdahulu daripada itu satu majlis menandatangani perjanjian telah dilaksanakan oleh Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth dengan Hj Zulkifli Hj. Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif (WRE), mewakili agensi dan syarikat masing-masing.
Pemeteraian tersebut disaksiksan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Rahimi Ismail. Turut hadir ialah Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin
MoA di antara MPKangar dan WRE ini merupakan projek Perkongsian Pintar berhasrat untuk membangunkan ‘Solar Hanger’ di Pesisiran Pantai Kuala Perlis.
Perjanjian ini turut melibatkan kerjasama daripada beberapa pihak lain termasuklah Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC), Tenaga Nasional Berhad (TNB), LONGi Green Energy Technology Co., Ltd. (LONGi), TBEA Co Ltd (TBEA), AirAsia dan Sunview Group.