Politik

MT UMNO akan bincang semua usul dari bahagian sebelum dibawa ke PAU

SEMUA usul yang dikemukan oleh para perwakilan bahagian yang selesai bermesyuarat hujung minggu lalu akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNIO esok.

Seterusnya usul itu akan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Usul sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.

“Kalau perhimpunan UMNO luluskan usul ini ia akan jadi dasar parti. Apabila ia jadi dasar parti setiap ahli perlu patuh. Ini prosedur UMNO dan setiap tahun ini yang kita buat. 

“Kalau nak ubah sekali pun ia perlu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa.

“UMNO parti yang kuat mendukung demokrasi dan semua ahli berhak memberi pandangan,” kata Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan hari ini. 

Pada hujung minggu lalu majoriti bahagian UMNO telah membawa usul supaya menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu.

 

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button