Uncategorized

Bell Ngasri nak belanja makan tengah hari di bulan Ramadan jika menang ABPH35

Siapa yang tidak kenal dengan Bell Ngasri, merupakan pelakon dan pelawak yang sudah lama bertapak dalam industri hiburan dari umurnya kecil bersama adik beradiknya yang lain.

Bell Ngasri, yang sudah lama bertapak dalam industri

Namun Bell tidak menyangka setelah sekian lama untuk pertama kalinya dirinya tercalon dalam Top 5 ABPH35 malah sebelum ini dia tidak terfikir tentang pertandingan ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Bell meluahkan rasa syukur apabila tercalon sebagai finalis Pelakon Komedi Popular.

Adik beradik Ngasri, semuanya seperti tidak pernah tua

Pelakon itu juga berseloroh mahu membelanja makan untuk para pengundi, makan tengah hari pada bulan Ramadan nanti jika dia memenangi kategori tersebut.

“Dengan julung-julung kalinya saya tercalon top 5, terkejut saya. Tidak pernah fikir pun benda ini, terima kasihlah buat @beritaharian @abph#abph35”

“Saya mati-mati ingat calon bhp minyak tu , jangan lupa undi saya, tak menang tak apa top 5 pun Alhamdulillah, lawan pun kawan-kawan semuanya, manifesto saya InsyAllah kalau Berjaya saya belanja makan tengahhari di bulan… “ tulisnya.

Sebelum ini tulis di media sosial, Facebook penduduk Sabahan dan persatuan ibu-ibu mengandung berkempen demi meraih undi untuk pelakon tersebut.

Rata-rata ramai yang menyokong dengan tindakan mereka dan turut mengundi. Bell juga tidak menyangka walaupun berlainan negeri namun ada peminatnya dari Sabah menyokong dirinya begitu juga kepada kelab ibu mengandung.

“Saya tak sangka dapat sokongan sebegini rupa, dari negeri yang bukan asal saya pun ada, kawan-kawan artis yang lebih hebat, lebih popular pun ad, persatuan itu dan ini macam-macam, terima kasih sangat.

Top 5 saya tetap bersyukur, tetap sama je sama macam orang lain tapi yang tak tahan yang last tu persatuan ibu mengandung pun ada, terus saya terbayang masa ibu-ibu mengandung tu tengah otw nak beranak pun masih mengundi, lepastu anak baru lahir pun mengundi juga.” Tulisnya di ruangan media sosial facebook milik akaun Bell Ngasri.

Artikle Berkaitan ;>

Gilalah! nasi lemak RM0.90 sen…. ada anggap Pak Mat Western Cafe menipu

18 Puasa ‘Tidak Menyegat Kelakarnya’ Tetapi Padat Dengan Dakwah Yang ‘Mantop’

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button