Ekonomi

Raja Muda Perlis rasmi pejabat European Credit Investment Bank Limited dan firma guaman Messrs Jonathan Chan & Co

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian pejabat syarikat European Credit Investment Bank Limited dan firma guaman Messrs Jonathan Chan & Co. di Mercu Aspire, KL Eco City, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan European Credit Investment Bank Limited, Dr Ken Lim dan Pegawai Utama Messrs Jonathan Chan & Co., Jonathan Chan.

Dr. Ken dalam ucapan aluannya mengesahkan komitmen syarikat dalam sektor penjagaan kesihatan. Inisiatif ini menekankan visi bersama untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Jonathan pula menyatakan dedikasi firmanya untuk menyediakan perkhidmatan undang-undang bertaraf tinggi yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan kemajuan ekonomi di Malaysia.

Pelancaran kedua-dua institusi ini adalah langkah progresif ke arah mengukuhkan infrastruktur kewangan dan perundangan di negara ini sambil memupuk peluang baharu untuk kemajuan ekonomi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button