Nasional

Raja Muda Perlis rasmi Kayuhan MARA Prihatin

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan ‘Kayuhan MARA Prihatin 2020’ yang bermula dan berakhir di Dataran GIATMARA, Jalan Jejawi Sematang Kawasan Perindustrian Jejawi, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda ke program yang disekalikan dengan aktiviti ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disambut oleh Pengarah MARA NegeriHj Mohamad Johari Man dan Pengarah GIATMARA Negeri, Hasanuddin Abd Salam.

Turut serta ialah Pengurus Rural Capital Berhad Sufian Muda, Pegawai Perhubungan Pendidikan Yayasan Pelajaran MARA Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali dan Pengurus GIATMARA Kangar, Rostina Hussain.

Sepanjang program tersebut baginda dan para peserta yang lain menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs dan juga daripada pihak MARA kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih. Baginda turut berkenan berangkat ke Asrama Anak Yatim Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah Kg Jejawi Dalam yang berada di bawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis bagi menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Rural Capital Berhad serta Yayasan Pelajaran MARA selain singgah di Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI) bagi menyempurnakan beberapa aktiviti khidmat sosial korporat yang dianjurkan oleh pihak SWCorp.

Terdahulu sebelum berlepas, Tuanku Raja Muda berkenan menyempurnakan penutupan dan penyampaian sijil penyertaan serta sumbangan bersempena
‘Program Penjana GIATMARA’ yang merupakan program membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Peruntukan Penjana adalah dari Kementerian Kewangan Malaysia yang di salurkan terus kepada GIATMARA sebagai penyedia latihan. Untuk negeri Perlis Penjana TVET Komuniti telah melaksanakan 3 kursus termasuklah :-

1. Kursus Kek Budget, Brownies, Tart dan Cream Puff selama 5 hari iaitu dari 7-11 Disember 2020 melibatkan seramai 10 orang.

2. Kursus Eyelashes Perming selama 5 hari iaitu juga 7-11 Disember 2020 membabitkan seramai 10 orang peserta.

3. Kursus Membaiki Telefon Bimbit selama 10 hari iaitu dari 23 November hingga 4 Disember 2020 seramai 18 orang, serta

4. Program Penjana peruntukan ‘Empower NCER Perlis’ melalui Jahitan Kreatif pembuatan beg tangan selama 3hari iaitu dari 8-10 Disember 2020 seramai 8 orang peserta.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan berupa :-

AA. Peralatan Program Penjana GIATMARA 2020.
1. Aimi Nadirah Zaidi – Kursus Eyelash Perming,
2. Nur Aqina Dayana Mohd Abdullah – Kursus Eyelash Perming
3. Asmawani Omar – Kursus Eyelash Perming,
4. Mashitah Mohammad Wazir – Kursus Pembuatan Kek Budget, Brownies, Tart dan Puff,
5. Siti Aishah Anas – Kursus Pembuatan Kek Budget, Brownies, Tart dan Puff,
6. Norsyazwani Shamsuddin – Kursus Pembuatan Kek Budget, Brownies, Tart dan Puff.

BB. Program Latihan Pembentukan Usahawan MARA-MAIPs.
1. Mohd Nizam Saad – Projek Ternakan Puyuh – RM8,307,
2. Noor Ayuti Mansor – Projek Jahitan RM8,000.
3. Shoufiqul Firdaus Kamarudin – Projek Pisang Goreng dan Keropok Lekor RM6,340,
4. Nor Sharizan Shaaban – Projek Makanan RM6,300,
5. Ismail Khairudin – Projek Urutan dan Spa RM5,6140, dan
6. Mohd Hanif Bidin – Barber Shop RM5,579.00.

(Visited 516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button