Negeri

Raja Muda Perlis rasmi gelanggang paintball

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada petang semalam berkenan berangkat merasmikan gelanggang paintball ‘Nak-Kawan Paintball Perlis’ yang beroperasi di Bukit Ayer Resort Sungai Batu Pahat.

Keberangkatan baginda disambut oleh pemilik syarikat Infinity M Trading yang merupakan operator gelanggang paintball berkenaan, Mahani Jaafar.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni.

Gelanggang paintball tersebut beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5 petang dan slot tempahan adalah pada jam 9, 10.30 dan 11.30 pagi serta 2.30 dan 3.30 petang.

Harga yang ditawarkan ialah RM25 seorang termasuk paintball marker, face mask dan vest tidak termasuk pellet iaitu RM60 untuk 500 biji dan RM220 untuk 2,000 biji.

Pakej berkumpulan minima untuk 10 pemain juga dipromosikan dengan harga RM470 yang meliputi paintball markers, face masks, vests dan pellet sebanyak 2,000 biji. Tambahan pellet berharga RM60 untuk 500 biji. Hanya individu yang sudah menerima 2 dos suntikan vaksin sahaja dibenarkan bermain paintball di Nak-Kawan Paintball ini. Sebarang info lanjut atau tempahan bolehlah menghubungi 0126140938.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Tuanku Raja Muda telah juga memperkenankan untuk menerima undangan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri yang baharu iaitu Ts. Mohamad Fitri Said untuk berangkat menyempurnakan perasmian ‘Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2021’ pada pagi sabtu 13 November 2021 ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) Negeri Perlis di Bukit Ayer Resort Sungai Batu Pahat yang terletak bersebelahan dengan Nak-Kawan Paintball Perlis ini.

Menyentuh mengenai isu alam sekitar, Tuanku Syed Faizuddin Putra mengingatkan semua bahawa pembentukan akhlak dan sahsiah diri manusia perlu disemai dari usia seawal prasekolah lagi.

Menurut baginda, ‘Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang dilancarkan pada 2005 adalah bertitik tolak dari Simposium Pendidikan Alam Sekitar Untuk Pengetua dan Guru-Guru Besar Sekolah pada tahun 2001. Komponen yang terdapat di dalam SLAAS ini diharap dapat membentuk insan yang lebih menyayangi dan menghargai alam sekitar.

Tambah baginda, penyertaan sekolah-sekolah di Perlis amat digalakkan sebagai nilai tambah kepada pelajar. Walaupun pencapaian akademik merupakan sasaran utama tetapi penerapan nilai murni dan sikap tanggungjawab individu ke atas tindakan yang dilakukan penting bagi melahirkan Khalifah yang berkualiti di dunia ini.

Jelas Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis lagi, bertepatan dengan slogan ‘Perlis Hebat : Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ tema dipilih iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” serta “Rakyat Perlis Hidup Bersih” maka penyertaan SLAAS ini boleh menjadi platform di dalam membentuk kemenjadian pelajar yang berkeperibadian dan bertanggungjawab bukan sahaja kepada alam sekitar bahkan terhadap ibu bapa, guru dan akhirnya menyumbang kembali kepada masyarakat di sekeliling”.

(Visited 780 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button