Agama

Raja Muda Perlis raikan para pendakwah antarabangsa

KANGAR 24 Jan. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis meraikan pendakwah-pendakwah terkenal antarabangsa dari pelbagai negara yang hadir ke Perlis bagi menjayakan program Perlis International Sunnah Convention (PICS) 2025 dalam satu majlis santapan malam di Restoran Ya Marhaba, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi sama oleh anakanda sulung, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullaill disambut oleh Mufti Perlis, Sahibus Samahah Prof. Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Antara yang hadir sama adalah Dr. Zakir Naik (India), Sheikh Shady Alsuleiman (Australia), Dr. Muhammad Salah (Mesir), Sheikh Abdur Raheem Green (United Kingdom), Dr. Ahmed Saifuddin, Dr. Omar Suleiman, Dr. Waleed Basyouni, Sheikh Yusuf Estes (Amerika Syarikat), Dr. Bilal Philips (Kanada) dan beberapa ilmuwan Islam yang terkenal lain.

Penganjuran PISC 2025 pada kali ini dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang peserta dari dalam dan luar negara dan secara tidak langsung dapat merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung terutamanya program ini diadakan sewaktu cuti sekolah.

Selepas majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs menzahirkan rasa suka cita dan amat berbesar hati mengalualukan semua penceramah, tetamu dan peserta PISC 2025 dan berharap agar program ilmu ini akan membawa rahmat dan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button