Nasional

Wanita UMNO mahu buku Tommy Thomas dirampas

PERGERAKAN Wanita UMNO Malaysia menggesa pihak berkuasa supaya merampas buku yang dikarang oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Tommas.

Ketua Pergerakan Wanita Malaysia Datuk Seri Noraini Ahmad mendakwa, buku bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ boleh menimbulkan permusuhan antara masyarakat berbilang kaum jika tersebar.

Justeru beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Tommy kerana dilihat cuba merosakkan keharmonian negara.

“Wanita UMNO sendiri telah meneliti kandungan buku buku tersebut dan ternyata ia mengandungi petikan-petikan yang berbaur hasutan dan boleh membawa kepada suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” kata Noraini dalam satu kenyataan hari ini.

Wanita UMNO Bahagian di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap penerbitan buku ‘My Story: Justice In The Wilderness’

Sayap UMNO itu berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan dengan segera terhadap isu ini.

“Tindakan Tommy menerbitkan buku ini sekaligus memalukan malah menghina sistem perundangan negara. Sebagai seorang pengamal undang-undang yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara, seharusnya beliau sedar akan akta kerahsiaan dan sumpah janji yang telah dibuat,” kata Menteri Pengajian Tinggi itu.

Beberapa pihak sebelum ini mengkritik penulisan dalam buku memior bekas peguam negara yang berkhidmat tidak sampai dua tahun itu.

Antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kesan penulisan itu boleh menjatuhkan integriti dan maruah serta institusi perundangan negara selain pegawai undang-undang sendiri.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya memberi jaminan akan bertindak mengikut undang-undang terhadap usaha memperkecilkan badan perundangan dan kehakiman.-SM

 

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button