Nasionalpilihan

Pengecualian cukai jualan kereta dilanjut hingga 30 Jun 2022

KERAJAAN akan melanjutkan 100 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, usaha itu adalah sebagaian daripada peruntukan RM31 billion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi Bajet 2022.

“Peruntukan ini adalah untuk meminimum kesan peningkatan kos sara hidup rakyat melibatkan kawalan harga barang dan perkhidmatan.

“Bagi memastikan kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, mendapat barangan keperluan asas seperti LPG dan petrol pada harga yang berpatutan, Kerajaan memperuntukkan 200 juta ringgit untuk membiayai kos pengangkutan dan pengedaran barangan asas ke kawasan luar bandar,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat PKP yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai.

Tambahnya, untuk menambah wang dalam tangan kepada rakyat, KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada 9 peratus sehingga Jun 2022 melibatkan anggaran nilai RM2 bilion. -SM

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button