Ekonomi

Rakan Insurans Olimpik Allianz tawarkan peluang untuk hadir ke Paris 2024

Sebagai Rakan Insurans Olimpik dan Paralimpik sedunia, kerjasama lapan tahun antara Allianz dan Gerakan Olimpik dan Paralimpik (OPM) bermula pada 2021, menjadi kesinambungan kerjasama dengan Gerakan Paralimpik sejak 2006.

Berkongsi nilai kecemerlangan, saling menghormati dan persahabatan , Allianz melengkapi pandangan Gerakan Olimpik yang menerajui jenamanya atas kepercayaan bahawa dunia akan menjadi tempat yang lebih baik “jika semua orang lebih berani daripada takut”. Ini juga adalah sebab mengapa Allianz menjanjikan pelanggannya untuk ada “keyakinan pada hari esok”.

Allianz Malaysia akan menghadiahkan 10 orang pelanggannya dengan perjalanan sekali seumur hidup untuk menyaksikan Perlawanan Olimpik Paris 2024 melalui kempen “Road to Paris 2024” bermula 6 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024.

Selain itu, dengan pembelian mana-mana polisi Allianz yang layak daripada perlindungan  hayat, perubatan, motor dan gaya hidup berpeluang untuk memenangi sama ada hadiah Utama – perjalanan untuk dua orang untuk menghadiri Majlis Perasmian Sungai Seine yang unik atau Hadiah Utama – perjalanan untuk dua orang ke Perlawanan Akhir Badminton.

Setiap pembelian  baharu produk Allianz Life atau Allianz General akan memberikan anda 10 entri. Lebih banyak
polisi yang dibeli, lebih tinggi peluang untuk menang.

Produk insurans hayat yang layak di bawah kempen ini termasuk Allianz UltimateLink, yang menampilkan perlindungan hayat dan kewangan dibawah sebuah pelan, yang memberikan anda kelonggaran untuk menyesuaikan produk mengikut keperluan anda.

Pilih rider perubatan  seperti HealthInsured, sebuah pelan perubatan yang direka untuk perlindungan komprehensif atau rider penyakit kritikal, PrimeCare+, yang mempunyai perlindungan lebih daripada 150
penyakit kritikal dan memastikan kestabilan kewangan sepanjang rawatan anda tanpa menganggu pelan hayat anda.

Pelan insurans berkaitan pelaburan dengan premium biasa dan perlindungan tinggi seperti Allianz EverLink Plus memberikan anda perlindungan insurans hayat dengan premium bulanan serendah RM125 dan Allianz EverLink Signature yang menyediakan perlindungan yang komprehensif dengan tempoh komitmen yang pendek dan
terma perlindungan yang fleksibel.

Anda juga mempunyai enam buah produk insurans am yang luar biasa untuk dipilih untuk meraih entri ke Paris. Pilih antara Allianz MediCure, Perlindungan Komprehensif Kenderaan  Peribadi, Smart Home Cover, Allianz Shield Plus (untuk Kemalangan Peribadi), Allianz Motorcycle Plus dan Allianz Travel Insurance.

Raih 3 entri tambahan apabila anda mendaftar dan log masuk ke aplikasi MyAllianz atau di laman web kami https://allianz.com.my/customer .

Pelanggan baharu boleh mendaftar minat anda di laman web kempen kami dan raih satu entri untuk peluang memenangi salah sebuah dari 300 barangan eksklusif berjenama Allianz termasuk beg kalis air, beg duffel, dan mainan maskot Paris 2024.

Ambil satu langkah menuju ke Paris dengan menyaksikan acara sukan terbesar di dunia dengan mendaftar minat anda di https://www.allianz.com.my/personal/whats-new/roadtoparis2024.html .

Anda juga akan mendapat sebuah entri tambahan dengan mendaftar. Anda juga boleh menghubungi mana-mana ejen berdaftar kami untuk membeli polisi Allianz yang layak untuk menyertai acara sukan yang paling mendebarkan pada 2024. – SM

(Visited 7 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button