JenayahNasional

Pembekal buah maut ditikam teman serumah warga Vietnam

SEORANG pembekal buah-buahan ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanannya dipercayai ditikam seorang wanita yang tinggal bersamanya di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, malam tadi.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof berkata, lelaki warga tempatan berusia 50 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan terlentang berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam selepas pihaknya mendapat maklumat daripada pegawai keselamatan apartmen itu.

“Sebaik tiba, kita lihat ada kesan darah di sepanjang laluan dalam rumah dan kita dapati ada seorang wanita warga Vietnam berusia 33 tahun berada dalam keadaan panik dan kesedihan. Hubungan sebenar mereka masih dalam siasatan.

“Maklumat awal saksi mengatakan terdengar pergaduhan antara kedua-duanya selain wanita menangis kira-kira pukul 9 malam. Kita percaya semasa pergelutan pisau tertusuk di rusuk kanan mangsa namun kita sedang siasat kejadian sebenar,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menemukan sebilah pisau pemotong sayur di dapur rumah yang dipercayai digunakan ketika pergaduhan.

Nanda berkata, wanita terbabit dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lepas namun pihaknya akan membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan wanita berkenaan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, setakat ini dua saksi dipanggil memberi keterangan selain menyeru saksi lain yang melihat kejadian untuk tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Mohd Saufi Malik di talian 06 6033222. – FMT – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button