Rencah Hidup

PKPB: Pengguna digalakkan buat pembelian dalam talian

APABILA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, masyarakat digalakkan membuat pembelian barang-barang keperluan secara dalam talian.

Bagi mereka yang berkemampuan, pesanan secara dalam talian termasuk makanan, tidak menjadi masalah kerana kewangan yang kukuh tetapi bagaimana pula kalangan yang kurang berkemampuan?

Ini kerana jika diteliti betul-betul, caj penghantaran yang dikenakan ke atas pelanggan agak tinggi tetapi disebabkan oleh keadaan Covid-19, maka terpaksalah pejam sebelah mata.

Pengguna di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan juga mungkin di Sabah adalah digalakkan membuat pembelian secara kaedah ini ketika pelaksanaan PKP Bersyarat di kawasan masing-masing.

Pembelian secara dalam talian ini dikatakan secara tidak langsung, dapat membantu memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Begitu pandangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Langkah itu juga dapat mengurangkan pergerakan fizikal ke premis-premis perniagaan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pihak KPDNHEP mendapat maklumat dari lapangan, berlaku pembelian panic (panic buying) di beberapa tempat selepas pengumuman PKPB dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin.

Sehubungan itu, Nanta menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak membuat pembelian panik kerana perbuatan seperti itu, tidak sepatutnya berlaku.

Apatah lagi, bekalan barangan keperluan terutamanya barangan makanan dijamin mencukupi pada harga yang stabil.

Katanya lagi, KPDNHEP mempunyai 2,269 anggota penguatkuasa di seluruh negara yang sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barangan stabil, munasabah dan tanpa kenaikan mendadak.

KPDNHEP juga kata beliau telah membuktikan melalui tindakan yang diambil dapat memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa PKP dilaksanakan dahulu.

Pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit diingatkan supaya memastikan semua bekalan keperluan sentiasa mencukupi, tegas beliau. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button